Syarahan Tahunan Naib Canselor 2013

"Untuk menggalakkan perkongsian fasiliti penyelidikan dan meningkatkan kualiti penyelidikan berimpak tinggi, kita akan menyediakan kemudahan melalui pendekatan Makmal Berpusat. Matlamat asas pembangunan Makmal Berpusat ialah bagi membolehkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan peralatan canggih dan terkini yang boleh digunakan oleh semua penyelidik di UMT dengan cara lebih berkesan, kos efektif dan penyelenggaraan yang rapi.

Makmal begini akhirnya boleh dinaik taraf menjadi Makmal Kebangsaan dan diperluaskan penggunaannya untuk para saintis kebangsaan. Konsep makmal berpusat akan diperluaskan meliputi Stesen Penyelidikan Luar Kampus. Pada peringkat awal Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Pusat Penyelidikan Tanah Bencah Setiu dan Unit Kapal (Pelabuhan Penyelidikan dan Pengajaran) akan ditempatkan di bawah pengurusan MB".

Syarahan Tahunan Naib Canselor 2013


Kompleks Makmal

Kompleks Makmal

Kompleks Makmal berfungsi untuk memastikan pengurusan fasiliti makmal secara gunasama dan penyelenggaraan secara berpusat bagi menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UMT.

Stesen Penyelidikan

Stesen Penyelidikan

Stesen Penyelidikan UMT ditubuhkan untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang tujahan.

Bahagian Bot & Kapal

Bahagian Bot & Kapal

Bahagian Pengurusan Kapal dan Bot, Makmal Berpusat bertanggungjawab untuk pengurusan operasi, penyelenggaraan, pembelian dan penggunaan bot dan kapal UMT.

Pengurusan

Pengurusan

Pihak pengurusan memainkan peranan dalam membantu kelancaran aktiviti di Makmal Berpusat.

UTAMA