Selamat Datang ke Laman Web Makmal Berpusat

“Untuk menggalakkan perkongsian peralatan canggih dan meningkatkan kualiti penyelidikan berimpak tinggi, kita akan menyediakan kemudahan melalui pendekatan Makmal Berpusat (MB). Matlamat asas pembangunan MB ialah bagi membolehkan UMT menyediakan peralatan canggih dan mahal yang boleh digunakan oleh semua penyelidik di UMT dengan cara lebih berkesan, kos efektif dan penyelenggaraan yang rapi. Makmal begini akhirnya boleh dinaik taraf menjadi Makmal Kebangsaan dan diperluaskan penggunaannya untuk para saintis kebangsaan. Konsep makmal berpusat akan diperluaskan meliputi Stesen Penyelidikan Luar Kampus. Pada peringkat awal Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Pusat Penyelidikan Tanah Bencah Setiu dan Unit Kapal (Pelabuhan Penyelidikan dan Pengajaran) akan ditempatkan di bawah pengurusan MB”.

-Syarahan Tahunan Naib Canselor 2013, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo.