Kompleks Makmal

1.0 Pendahuluan

Kompleks Makmal berfungsi untuk memastikan pengurusan fasiliti makmal secara gunasama dan penyelenggaraan secara berpusat bagi menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UMT dengan menekankan aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran serta menawarkan perkhidmatan teknikal yang berupaya menjana pendapatan universiti.

 

2.0 Objektif Kompleks Makmal

  1. Menyediakan fasiliti makmal secara gunasama untuk mengatasi masalah kekurangan ruang dan peralatan di kalangan pelajar dan penyelidik bagi memacu kecemerlangan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UMT.
  2. Menawarkan perkhidmatan teknikal makmal yang berkualiti di samping penjanaan pendapatan universiti.
  3. Memastikan pengoperasian peralatan berteknologi tinggi secara optimum dan penyelenggaraan secara berpusat dengan kos efektif.
  4. Menyediakan prasarana yang selamat dan sihat di samping penekanan terhadap penjagaan alam sekitar.
  5. Menyelaras latihan yang sesuai bagi meningkatkan kompetensi di kalangan pegawai teknikal di UMT.

 

3.0 Staf Makmal

Seramai 9 orang staf bahagian pengurusan makmal yang membantu pengurusan dan pengoperasian makmal adalah seramai lapan orang yang terdiri daripada:

  • Seorang Ketua Makmal
  • 3 Pegawai Sains
  • 4 Penolong Pegawai Sains
  • Seorang Pembantu Makmal