Soalan Lazim

 

  1. Bilakah Makmal Berpusat UMT ditubuhkan?
    Makmal Berpusat UMT telah ditubukan pada Januari 2013

 

  1. Apakah misi & objektif Makmal Berpusat UMT?
  • Memacu agenda penyelidikan UMT dengan penyediaan  makmal berkapasiti tinggi,  fasiliti yang terkini dan instrumentasi yang terbaik.
  • Menyokong penyelidikan mapan dengan penyediaan fasiliti berteraskan bidang tujahan di stesen-stesen penyelidikan luar UMT
  • Memperkukuhkan agenda penyelidikan dengan penyediaan fasiliti sokongan yang dinamik.

 

  1. Apakah fokus perkhidmatan & fasiliti yang disediakan oleh Makmal Berpusat UMT?

Antaranya perkhidmatan makmal oleh bahagian pengurusan kompleks makmal (analisis sampel & penyediaan sampel), bahagian pengurusan Bot & Kapal iaitu perkhidmatan sewaan bot & kapal, serta bahagian stesen peyelidikan luar (sewaan fasiliti di stesen-stesen penyelidikan luar UMT)

 

  1. Apakah komponen utama Makmal Berpusat UMT?

Makmal Berpusat terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pengurusan Kompleks Makmal, Bahagian Pengurusan Kapal & Bot dan Pengurusan Stesen Penyelidikan Luar iaitu:

 

  1. Apakah bidang kajian & makmal pengajian yang ditawarkan di Kompleks Makmal Berpusat UMT?
  • Makmal Penyelidikan Bioteknologi – Makmal Analisis Am, Makmal Sel Haiwan & Kultur Tisu, Makmal Genomik, Transkritomik, Proteomik, Makmal Sintesis, Analisis, Ekstrak, Makmal Fungus, Histologi,  Bakteriologi & Makmal Virologi
  • Makmal Penyelidikan Sekitaran – Makmal Sekitaran Fizikal, Makmal Geokimia Organik, Makmal Sekitaran Organik Surih, Makmal Sekitaran Tak Organik, Makmal Pasca Kedoktoran
  • Makmal Penyelidikan Berfokus (SIG) – Marin Biodiversiti, Apis & Meliponine & Invetebrates-BENTHOS
  • Makmal Analisis / Bilik Instrumentasi – Spektroskopi, Kromatografi, Mikroinjektor / Pengimejan, Termal & Sains Bahan
  • Makmal Satelit – Scanning Electrone Microscope SEM (MB), Scanning Electrone Microscope SEM (INOS) & Nuclear Magnetic Resonance NMR (IMB)
  • Makmal Pengajaran – Makmal Kimia Am, Makmal Sains Bahan, Makmal Anatomi & Fisiologi, Makmal Alam Sekitar, Makmal Mikrobiologi, Makmal Fizik Elektrik & Elektronik

 

  1. Apakah kemudahan & fasiliti yang disediakan oleh Bahagian Stesen Penyelidikan Luar Makmal Berpusat UMT?
  • Stesen Penyelidikan Marin, Pulau Bidong
  • Stesen Penyelidikan Tanah Bencah, Setiu
  • Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang
  • Stesen Penyelidikan Kenyir

 

  1. Apakah kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kapal & Bot Makmal Berpusat UMT?
  • Kapal – RV Discovery
  • Bot – Discovery I, Discovery II, Discovery III, Discovery IV, Discovery V, Discovery VI, Discovery VII, Discovery VIII, Discovery IX
  • Makmal Bergerak – Siti Maya
  1. Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pengguna Makmal Berpusat?

Pemohon yang layak iaitu Pengguna dalaman UMT – pelajar pasca siswazah, pensyarah, penyelidik & pembantu penyelidik (RA), pengguna agensi kerajaan dan pengguna agensi swasta.Pelajar UMT berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan

 

  1. Bagaimanakah saya ingin berdaftar sebagai pengguna Makmal Berpusat?

Pemohon dikenhendaki mengisi Borang Kawalan Bahan Hazard Kepada Kesihatan dan Penaksiran Risiko COSHH Form (UMT/MB/M/207) & Borang Permohonan Penempatan Di Makmal (UMT/MB/M/204)yang boleh diperolehi di kaunter atau website Makmal Berpusat UMT . Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Pegawai Sains bagi proses kelulusan.

 

  1. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak Makmal Berpusat UMT?

Makmal Berpusat,

Kompleks Makmal,

Universiti Malaysia Terengganu,

21030 Kuala Terengganu,

Terengganu, MALAYSIA

Tel: 09-6683957

Fax: 09-6683361