Ucapan Aluan Pengarah

Kata Aluan Pengarah Makmal Berpusat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Bismillahirrahmanirahim….

Makmal Berpusat bertekad merealisasikan hasrat Naib Canselor dalam usaha menggalakkan perkongsian peralatan canggih dan meningkatkan kualiti penyelidikan berimpak tinggi di UMT. Kemudahan penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi di Kompleks Makmal Berpusat dan prasarana penyelidikan luar di Stesen Penyelidikan Marin UMT, Pulau Bidong, Stesen Penyelidikan Tanah Bencah, Setiu dan Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang untuk kegiatan penyelidikan di lapangan telah disediakan bagi memacu penyelidikan mapan tidak terhad di UMT malah ke seluruh dunia.

Matlamat utama pembangunan Makmal Berpusat ialah menyediakan peralatan berteknologi tinggi yang boleh digunakan oleh semua penyelidik-penyelidik di UMT dan luar dengan cara lebih berkesan, kos efektif dan penyelenggaraan yang rapi. Justeru, Makmal Berpusat berazam untuk menjadi makmal bertaraf Kebangsaan pada masa hadapan. Konsep ini akan diperluaskan meliputi Stesen Penyelidikan Luar Kampus.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Warga UMT haruslah meningkatkan kekuatan kepakaran yang sedia ada dengan mencakupi kepelbagaian ilmu, multi dan transdisiplin yang lebih lestari dan dengan ini akan berpotensi melonjakkan UMT sederap Universiti terkehadapan dunia.

 

”TEROKAAN SELUAS LAUTAN DEMI KELESTARIAN SEJAGAT”

“BUDAYA KECEMERLANGAN, PROJEK BERIMPAK TINGGI”

 

Salam Hormat,

Prof. Madya Engr. Dr Mohammad Fadhli Bin Ahmad
Pengarah,
Makmal Berpusat,
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)